Semua orang tahu...lelaki diberi 1 nafsu, 9 akal, manakala wanita diberi 9 nafsu, 1 akal.....dan mereka akan saling melengkapi antara satu sama lain. Untuk itu, wujudlah satu perkara yang yang dipanggil nikah/perkahwinan dan ianya merypakan satu ibadat jika dilakukan kerana Allah. Namun yang menyedihkan, banyak perkara yang tidak sesuai dilakukan dibuat sewaktu majlis perkahwinan. Antaranya, bersanding, berpelukan umum, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, itu bukanlah objektif utama saya menulis coretan ini.
Setiap perkahwinan memerlukan cinta untuk bertahan lama. Jika kita lihat orang dahulu, calon lelaki akan ditentukan oleh ibubapa. Tapi kini, anak itu sendiri yang menentukan siapa yang bakal dikahwininya. Tulisan ini bukan untuk meboikot orang yang memilih pasangannya sendiri, tetapi menjadi masalah apabila umur setahun jagung sudah pandai bermain cinta.
Orang pasti akan mengatakan kita(perempuan) tak laku atau kolot sekiranya tidak mempunyai boysfriend. Tapi sedarkah mereka (orang yang bercakap) mereka itulah sebenarnya yang kolot.Ini jelas terbukti kerana seperti yang kita tahu..al-Quran adalah amat sesuai sepanjnag zaman."Ek! apa kaitan dengan Quran plak nie ?"
Sebenarnya ada...maaf saya tak ingat surah apa, page apa, ayat keberapa, tapi apa yang saya ingat, ayatnya 'dan janganlah kamu HAMPIRI zina'."Apa masalah penulis nak besarn hampiri tu?"
Al-Quran kata jangan hampiri zina bukan berzina maksudnya,segala perkara yang menghumban ke arah penzinaan harus di jauhi...termasuklah bercouple...mungkin ada yang kata" kitorang couple sebab nak tahu each other,,nak tahu chemistry,, nanti dah kawin senang arr. mana tahu orang yang parent kita pilih tu jahat." Actually, korang tak yah takut kalo korang pegang pada ayat Quran jugak, maaf sekali lagi sebab x ingt surah apa, ayat keberapa..
Ayatnya' dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik'maka jelaslah..kalo korang nie baik insyaallah jooh korang pon baik.
Tapi jika korang suka /minat giler kat somebody...berdoalah kat yang maha mengetahui...sebab Dia juga maha berkuasa... x payah lah korang nak gi pikat sesape , 'book' ke...korang ingat diorang tu apa benda elektronik tempah...x nak buang!
Wahai wanita, sedarkah kalian bahawa kalian itu ibarat intan permata yang berada didasar lautan yang paling dalam dan hanya lelaki bertuah akan dapat memiliki kalian..."habis tu kalo dah tersuak / terminat kat sorang mamat tu?" berdoalah...buat hajat, qiamulail, berdoa kat Allah agar orang itu jadi jodoh korang. Ini kerana perkara yang manusia lakukan yang berkuasa didunia ialah doa. kerana ianya mampu mengubah qadak dan qadar Allah... Ingat sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bersabar dan sabar itu besar ganjarannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan