Sabtu, 25 Februari 2012

CINTA





  Semua orang tahu...lelaki diberi 1 nafsu, 9 akal, manakala wanita diberi 9 nafsu, 1 akal.....dan mereka akan saling melengkapi antara satu sama lain. Untuk itu, wujudlah satu perkara yang yang dipanggil nikah/perkahwinan dan ianya merypakan satu ibadat jika dilakukan kerana Allah. Namun yang menyedihkan, banyak perkara yang tidak sesuai dilakukan dibuat sewaktu majlis perkahwinan. Antaranya, bersanding, berpelukan umum, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, itu bukanlah objektif utama saya menulis coretan ini.


   Setiap perkahwinan memerlukan cinta untuk bertahan lama. Jika kita lihat orang dahulu, calon lelaki akan ditentukan oleh ibubapa. Tapi kini, anak itu sendiri yang menentukan siapa yang bakal dikahwininya. Tulisan ini bukan untuk meboikot orang yang memilih pasangannya sendiri, tetapi menjadi masalah apabila umur setahun jagung sudah pandai bermain cinta.


   Orang pasti akan mengatakan kita(perempuan) tak laku atau kolot sekiranya tidak mempunyai boysfriend. Tapi sedarkah mereka (orang yang bercakap) mereka itulah sebenarnya yang kolot.Ini jelas terbukti kerana seperti yang kita tahu..al-Quran adalah amat sesuai sepanjnag zaman."Ek! apa kaitan dengan Quran plak nie ?"
Sebenarnya ada...maaf saya tak ingat surah apa, page apa, ayat keberapa, tapi apa yang saya ingat, ayatnya 'dan janganlah kamu HAMPIRI zina'."Apa masalah penulis nak besarn hampiri tu?"


     Al-Quran kata jangan hampiri zina bukan berzina maksudnya,segala perkara yang menghumban ke arah penzinaan harus di jauhi...termasuklah bercouple...mungkin ada yang kata" kitorang couple sebab nak tahu each other,,nak tahu chemistry,, nanti dah kawin senang arr. mana tahu orang yang parent kita pilih tu jahat." Actually, korang tak yah takut kalo korang pegang pada ayat Quran jugak, maaf sekali lagi sebab x ingt surah apa, ayat keberapa..
Ayatnya' dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik'maka jelaslah..kalo korang nie baik insyaallah jooh korang pon baik.
Tapi jika korang suka /minat giler kat somebody...berdoalah kat yang maha mengetahui...sebab Dia juga maha berkuasa... x payah lah korang nak gi pikat sesape , 'book' ke...korang ingat diorang tu apa benda elektronik tempah...x nak buang!


     Wahai wanita, sedarkah kalian bahawa kalian  itu ibarat intan permata yang berada didasar lautan yang paling dalam dan hanya lelaki bertuah akan dapat memiliki kalian..."habis tu kalo dah tersuak / terminat kat sorang mamat tu?" berdoalah...buat hajat, qiamulail, berdoa kat Allah agar orang itu jadi jodoh korang. Ini kerana perkara yang manusia lakukan yang berkuasa didunia ialah doa. kerana ianya mampu mengubah qadak dan qadar Allah... Ingat sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bersabar dan sabar itu besar ganjarannya...

Jumaat, 3 Februari 2012

malu dan iman???

malu itu, perkara biasa. Ada yang malu bertanya , malu kerana sesuatu perkara, malu terhadap seseorang dan sebagainya.Namun, malu sebenarnya suatu tabiat yang muncul atau timbul di dalam diri unutk memjauhi perbuatan buruk dan menghalang seseorang daripada mencuaikan hak orang lain...

kenapa perlunya malu?
  • memasukkan seseorang itu ke dalam syurga Allah S.W.T
  • sebahagian daripada kesempurnaan iman
  • mengawal seseorang daripada perbuatan buruk dan keji

kepada siapa malu???
  • malu kepada Allah 
  • malu kepada manusia yang lain
  • malu kepada diri sendiri 
malu kepada Allah -dengan mengamalkan suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. satu analogi mudah.. 
                               jika kita dibelanja makan oleh seseorang pada setiap hari dan orang itu juga menjaga 
                               kita, sudah tentu kita tidak akan menyakitinya agar terus dibelanja 
                               makan..bukan.samalah 
                               seperti Allah yang memberi kita nikmat kehidupan yang tidak terhingga.

malu kepada orang lain-janganlah kita menyakiti mereka zahr dan batin. Sebenarnya, ramai yang tidak  sedar
                                    dia sedang memyakiti saudaranya secara batin seperti mengejeknya...

malu kapada diri sendiri-menjaga batas pergaulan lelaki dan  perempuan serta maruah seseorang
                                      terutama wanita kerana wanita solehah itu ibarat muiara yang terletak kemas di 
                                      dasar lautan hanya mereka yang layak(pandai berenang) dapat memilikinya..     


                         KONTRA MALU?
kontra malu ialah perbuatan buruk. Salah satunya ialah percakapan yang keji seperti menipu dll. Ubahlah!  sesungguhnya allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Tidak mustahil jika suatu hari nanti, Allah  S.W.T menjadikan dosa lidah sebagai sebab ke neraka.Oleh itu, lawannya dengan akhlak yang buruk.... 

    PELABUH TIRAI   
  1.  Tindakan yang berlandaskan agama islam daripada sifat malu
  2. hubungan sesama manusia juga menjadi lebih baik melalui sikap ini
  3. balasan baik dan buruk dinilai melalui akhlak 
 SABDA BAGINDA
    iman itu mempunyai 70 cabang dan lebih dan malu adalah salah satu cabang daripada iman

MALU!

   Tatkala bercakap mengenai malu, terlintas di minda kita beberapa perkara :
  • merupakan  landasan akhlak mulia dan selalu berpaksikan pada kebaikan
  • perilaku dan dapat dibentuk, iaitu 'setiap setiap orang punyai tanggungjawab'
  • tiada lagi kebaikan pada dirinya walau sedikit jika hilang rasa malu
  • tidak perlu malu untuk mengajar dan menuntut ilmu dan hukum2 agama kerana ianya adalah kebenaran yang sebenar
  • salah satu daripada cabang iman
  • menjaga diri daripada perbuatan tercela dan menepati janji
Dalam riwayat al-Bukhari, daripada Abi Mas'ud, Uqbah bin 'Amr al-Anshari al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda"Sesungguhnya, sebahagian daripada apa yang telah dikenali oranng daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu"